Cina Tirok Orang Cina di Terengganu

Cina Tirok adalah merujuk kepada orang Cina Peranakan yang tinggal di Kampung Tirok dan Kampung Banggul Kemang yang terletak kira-kira 20 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Penduduk Kampung Banggul Kemang dan Kampung Tirok mempunyai talipersaudaraan yang rapat. Mereka menganggap diri sebuah komuniti yang sama.Secara kolektif, mereka dikenali sebagai orang Cina Tirok. Justeru itu, nama Tirokdigunakan untuk mewakili kedua-dua buah perkampungan itu. Jumlah penduduktetap di Tirok adalah 73 orang. Bilangan penduduk tetap yang agak kecil inidisebabkan penghijrahan keluar orangnya, terutamanya generasi muda, yangtidak berminat mengambil alih aktiviti pertanian daripada generasi tua(kebanyakannya dalam lingkungan umur 60-an dan 70-an). Kebanyakan merekamenetap dan bekerja di Kuala Terengganu. Ada yang mendirikan keluarga disitu. Mereka hanya balik ke Tirok pada hujung minggu untuk beberapa jamsebelum pulang ke Kuala Terengganu kembali.

Perkampungan ini terletak di tepi Jalan Serada iaitu satu-satunya jalan yang membelahi kedua-dua buah perkampungan ini dengan dikelilingi beberapa buah perkampungan Melayu, iaitu Pengadang Baru, Kampung Beladau, Kampung Banggul Chempedak, Kampung Baru Serada, Kampung Banggul Tok Ku dan Kampung Banggul Mempelam.

Kampung Banggul Kemang terletak di sebelah kiri Jalan Serada, manakalaKampung Tirok pula terletak di sebelah kanannya (mengikut hala daripersimpangan di Pengadang Baru). Pola penempatan kedua-dua perkampunganitu sejajar dengan jalan raya, masing-masing terdiri daripada rumah yangbertaburan di kawasan berjarak kira-kira satu kilometer. Kini hanya ada 14 buahkeluarga peranakan Cina menetap di Kampung Banggul Kemang. Sementara itu,bilangan keluarga peranakan Cina yang menetap di Kampung Tirok adalah 8 buah.


Secara tradisi, penduduk di situ menceburi aktiviti penanaman getah. Getah mula ditanam di situ pada tahun 1919 (Gosling 1964). Rumah mereka dikelilingi kebun kecil getah berkeluasankira-kira satu setengah ekar. Mereka juga menanam pokok buah-buahan, sepertidurian, duku, langsat, rambutan dan salak sebagai sumber pendapatan tambahan.